Qualcomm selama ini sedia membekalkan modem 5G pada iPhone yang menyokong 5G dengan memonopoli siri iPhone 12 dan iPhone 13. Dalam acara Investor Day, Ketua Pegawai Kewangan Qualcomm, Akash Pakhiwala mendedahkan pada 2023 kelak, Qualcomm akan kehilangan 80% pegangan bekalan modem cipnya kepada Apple. Untuk makluman, Apple telah mula membangunkan cip modem mereka sendiri sejak…
Tag: Qualcomm
Ini Senarai Model Samsung Dan Cip Yang Mungkin Digunakan Tahun Depan
Samsung terkenal dengan cip buatannya, Exynos namun kalau ditanya pada mana-mana peminat teknologi pastinya mereka memilih peranti Samsung dengan Snadpragon berbanding model yang sama dengan Exynos. The Elec mendakwa daripada perancangan Samsung yang diteliti mereka, Samsung akan melancarkan sebanyak 64 model telefon pintar dan tablet untuk tahun 2022. Sejumlah 31 daripadanya akan dijana cip Snapdragon,…
Mungkin Cip Andalan Qualcomm Nanti Guna Nama Serba Baharu
Qualcomm kini seolah-olah sedang bereksperimentasi kerana cip andalan mereka akan datang dilaporkan bakal menggunakan penamaan serba baharu. Bukan Snapdragon 895 dan bukan juga Snapdragon 898. Menurut pelapor terkenalĀ Ice Universe mengatakan Qualcomm bakal menggunakan nama Snapdragon 8 Gen1 nanti. Pun begitu, perkara ini masih belum disahkan lagi oleh Qualcomm tetapiĀ Ice Universe mempunyai rekod yang agak baik…
Qualcomm Dijangka Melancar Snapdragon 898 Penghujung Bulan Ini
Beberapa bulan lepas, blogger terkenal Digital Chat Station pernah mendedahkan prestasi cip pemproses andalan Qualcomm baharu yang mungkin dinamakan sebagai Snapdragon 898. Kini, Qualcomm dilihat semakin hampir memperkenalkan cip pemproses terbaru itu selepas laman rasmi mereka akhirnya terpapar acara “Snapdragon Tech Summit” yang mana bakal diadakan sekitar 30 November hingga 2 Disember 2021. Bagaimanapun, tiada…
MediaTek Kini Antara Pengeluar Cip Terbesar Di Dunia
Kalau dulu MediaTek sering dikaitkan dengan masalah haba dan prestasi yang mengecewakan, namun sejak beberapa tahun ini nama MediaTek sering mengisi bahagian cip pemproses dalam senarai spesifikasi peranti terkini terutamanya telefon pintar keluaran China. Selepas siri Helio, kini Dimensity yang menyokong 5G pula antara yang menjadi saksi peningkatan prestasi dan penggunaan cip MediaTek. Dalam penyataan…
Qualcomm Ada 4 Cip Baharu, Snapdragon Yang Dinaik Taraf
Qualcomm mengumumkan barisan cip pemproses Snapdragon baharu. Cip yang bakal menguasakan peranti kelas pertengahan adalah Snapdragon 480+, 680, 695 dan 778G+. Menerusi Snapdragon 480+ baharu, ia masih hadir dengan pemproses 8nm dan mempunyai teras serta modem yang sama dengan Snapdragon 480. Namun, terasnya adalah berkelajuan 2.2GHz. Snapdragon 680, ia satu-satunya cip baharu yang hanya menggunakan…