Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mungkin Cip Andalan Qualcomm Nanti Guna Nama Serba Baharu

Posted on November 16, 2021

Qualcomm kini seolah-olah sedang bereksperimentasi kerana cip andalan mereka akan datang dilaporkan bakal menggunakan penamaan serba baharu.

Bukan Snapdragon 895 dan bukan juga Snapdragon 898. Menurut pelapor terkenalĀ Ice Universe mengatakan Qualcomm bakal menggunakan nama Snapdragon 8 Gen1 nanti.

Pun begitu, perkara ini masih belum disahkan lagi oleh Qualcomm tetapiĀ Ice Universe mempunyai rekod yang agak baik dalam mendedahkan maklumat.

This is no joke. Qualcomm seems to really name Snapdragon 898 "Snapdragon 8 gen1"

— Ice universe (@UniverseIce) November 15, 2021

Malah, tidak pelik sekiranya benar kerana cip Snapdragon 888 pun sebelum dilancarkan juga dikhabarkan hadir dengan nama yang lain.

Apa-apa pun, ini mungkin rancangan Qualcomm baharu demi masa hadapan cip pemprosesnya. Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan pengumumannya nanti sekitar hujung November atau seawal Disember kelak.

Sumber: ice universe

Baca juga:

  • Skor Geekbench Samsung Galaxy S22+ Dengan Snapdragon 898 Didedahkan

  • Samsung Mungkin Jadi Pengeluar Tablet Pertama dengan Snapdragon 898

  • Mungkin Ini CPU Dan GPU Yang Akan Diguna Snapdragon 898

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress