Sejak PlayStation 5 disahkan kehadirannya, rata-rata daripada peminat mula berteka-teki tentang harga jualan konsol terbabit. Bakal memuatkan sejumlah ciri terbaik seperti teknologi ray tracing dan memori SSD, spekulasi mula kedengaran dengan memperkatakan harga jualannya mungkin berpatutan. Tidak kurang juga ada yang meramal edisi terbaru ini akan lebih mahal dari keluaran sebelumnya. Ketika mana kita rungsing…
Tag: PS5
Sony Belum Putuskan Harga Jualan PS5, Mungkin Mahu Perhatikan Dahulu Harga Xbox Series X
Sony telah mendedahkan bahawa mereka belum lagi memutuskan harga jualan PS5. Ia menandakan harga konsol tersebut sangat bergantung kepada pesaing di pasaran yang sama. Ketua Kewangan Sony, Hiroki Totoki menjelaskan disebabkan mereka sedang bersaing dalam pasaran konsol yang sama, sukar untuk syarikat tersebut membuat keputusan. Bergantung juga harganya nanti, mereka perlu mengenal pasti promosi yang…
Sony Mendedahkan Logo Rasmi PS5, Sah Akan Dipasarkan Tahun Ini
Hanya logo, rupa konsol PS5 masih tidak didedahkan. Di acara ringkas khas Sony yang berlangsung hari ini di CES 2020, Presiden dan CEO PlayStation Jim Ryan mendedahkan secara rasminya rekaan logo yang akan digunakan pada konsol permainan terbaru mereka nanti iaitu PlayStation 5 (PS5) Malah Sony juga turut mengesahkan bahawa konsol permainan terbaru mereka itu…
PlayStation 5 Dijangka Dijual Pada Harga Yang Berpatutan Dengan Pasaran
Keresahan peminat konsol PlayStation sudahpun terjawab dengan model seterusnya, PlayStation 5 telah disahkan hadir pada tahun hadapan. Bakal dimuatkan dengan sejumlah ciri menarik seperti sokongan permainan 8K, penggunaan kuasa lebih rendah serta storan berasaskan SSD, ramai mula memikirkan tentang harga jualannya. Sebahagian peminat meramalkan PS5 bakal dijual pada harga yang lebih tinggi namun berdasarkan kenyataan…
Sony Beri Amaran Harga PlayStation Mungkin Naik Jika Perang Perdagangan Berterusan
Umum sudah mengetahui tentang perang perdagangan yang melibatkan dua kuasa besar, Amerika Syarikat serta China. Rentetan daripada peningkatan tarif yang dikenakan keatas China, beberapa syarikat syarikat teknologi seperti Google dan Nintendo merancang untuk mengalihkan pengeluaran mereka dari China ke negara lain. Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan peningkatan tarif import 10% kepada 25% pada beberapa…
GTA 6 Didakwa Akan Muncul Sebagai Permainan Eksklusif PS5 Pada Peringkat Awal Pelancaran
Beberapa hari lepas, kami ada melaporkan mengenai beberapa spesifikasi bagi konsol PlayStation 5 yang telah didedahkan. Kini muncul lagi satu ura-ura mengenai konsol tersebut. Permainan popular GTA 6 dikatakan akan dilancarkan sebagai “PS5 Exclusive” pada peringkat awal pelancarannya. Menurut laporan, Sony telah membayar pihak Rockstar untuk menawarkan permainan itu secara eksklusif bagi PS5 untuk tempoh…