Beberapa hari lepas, kami ada melaporkan mengenai beberapa spesifikasi bagi konsol PlayStation 5 yang telah didedahkan.
Kini muncul lagi satu ura-ura mengenai konsol tersebut. Permainan popular GTA 6 dikatakan akan dilancarkan sebagai “PS5 Exclusive” pada peringkat awal pelancarannya.
Menurut laporan, Sony telah membayar pihak Rockstar untuk menawarkan permainan itu secara eksklusif bagi PS5 untuk tempoh sebulan pertama.
Ini bermakna konsol dan platform lain seperti Xbox Two(nama tidak rasmi) dan PC akan hanya dapat menikmati GTA 6 sebulan selepas itu.
Walaupun tiada maklumat rasmi mengenai pelancaran keduanya(PS5 dan GTA 6), ura-ura kuat mengatakan bahawa ia akan diperkenalkan pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, tiada sebarang informasi mengenai penawaran GTA 6 pada konsol generasi kini (PS4 dan Xbox One) telah dinyatakan.