Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
file explorer tab windows 11

Tab Dalam File Explorer? Windows Kini Lepaskannya Dalam Insider Terbaharu

Posted on Jun 10, 2022Jun 10, 2022

Microsoft beberapa jam lalu sudah melepaskan kemas kini terbaharu untuk saluran pembangun iaitu Windows 11 Insider Preview Build 25136.

Ini sangat memudahkan pengguna untuk membuka banyak folder dalam satu masa, satu tetingkap.

Selain itu, panel navigasi sebelah kiri pun ada sedikit perubahan susunan. Misalnya, folder Windows yang secara lalai disenarai kini tidak lagi dipaparkan di bawah This PC.

Bagaimanapun, Microsoft berkata ia masih belum dilepaskan untuk semua Insider dalam Dev Channel kerana masih mengutip maklum balas.

Selain itu, widget dinamik pada taskbar juga dalam versi ini menyiarkan berita terkini contohnya berkenaan sukan dan kewangan selain cuaca.

Isu berkaitan PC yang dikenal pasti sebagai tablet juga diselesaikan dalam Build 25136 ini.

Semalam, laporan mengatakan Windows telah meminta pengeluar untuk menggantikan HDD dengan SSD sebagai storan utama atau boot driver.

Baca juga:

  • Walaupun Memiliki Microsoft, Bill Gates Akui Guna Peranti Samsung
  • UK Mula Laksana Eksperimen Tempoh Bekerja 4 Hari Seminggu, Gaji Kekal Sama
  • Cara Untuk Kembalikan Ikon Yang Hilang Pada Paparan “Desktop” Windows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress