Seiring dengan isu keselamatan siber, Synology yang merupakan syarikat pakar dalam pengurusan dan keselamatan data telah membuat acara pembentangan media yang bertempat di Kuala Lumpur.
Acara ini dilakukan bersempena dengan Hari Sandaran Sedunia pada 31 Mac 2024 yang lepas bagi memberikan pasaran Malaysia landskap terbaru dalam pengurusan dan aliran keselamatan data yang kian berkembang.
Sehubungan dengan itu, Jason Sin selaku pengurus negara untuk Synology Malaysia menyatakan bahawa Synology telah memperoleh untung pasaran sebanyak 50 peratus dan 20 peratus daripadanya adalah hasil sumbangan Malaysia yang muncul sebagai pusat data hab yang terkemuka di benua Asia.
Acara ini juga membangkitkan isu keselamatan siber yang baru sahaja berlaku seperti insiden Maxis dan YouTutor dan serangan perisian yang melibatkan perniagaan di Malaysia.
Antara alternatif yang dibentangkan dalam aspek perlindungan maklumat data dan berasaskan kaedah penyelesaian Synology adalah pencegahan serangan perisian tebusan, pengurangan beban penggunaan dengan perlindungan data terpusat serta pemulihan data yang komprehensif untuk data sandaran.
Untuk maklumat lanjut tentang syarikat dan produk daripada Synology, anda boleh layari laman web Synology.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Synology