Pada kemas kini Steam yang terbaru, syarikat Steam secara rasmi akan menyokong alat kawalan PlayStation sama seperti alat kawalan Xbox. Hal ini menjelaskan bahawa anda tidak perlu lagi membeli alat kawalan Xbox hanya untuk bermain permainan di Steam.
Melalui pembaharuan ini, pengguna akan dapat mengakses bahagian sokongan hardware di Steam Library yang menyertakan penapis permainan untuk alat kawalan DualShock bagi PS4 dan DualSense bagi PS5.
Berdasarkan gambar di atas, pengguna akan lebih mudah mencari permainan yang sesuai bagi setiap alat kawalan yang ingin digunakan.
Selain itu, pembaharuan yang sama juga didapati akan hadir di halaman kedai permainan Steam di mana anda boleh menyemak status keserasian alat kawalan terlebih dahulu untuk setiap permainan di bahagian carian Steam seperti gambar di bawah.
Walaupun kita tahu bahawa platform Steam boleh dikatakan satu platform khas untuk pemain MnK (papan kekunci dan tetikus), malah ramai yang di luar sana masih selesa dengan penggunaan alat kawalan daripada konsol PlayStation atau Xbox untuk bermain permainan.
{suggest}
Sumber: Steam News Hub