Permainan menembak mudah alih, PUBG MOBILE kini telah rasmi mengumumkan kerjasama mereka dengan siri anime dan manga yang boleh dikatakan mesra keluarga iaitu SPY×FAMILY.
Dahulunya, PUBG MOBILE juga telah terkenal dengan kolaborasi mereka bersama siri animasi daripada Jepun yang lain seperti Dragon Ball Super, Neon Genesis Evangelion serta Jujutsu Kaisen.
Bagi anda yang ternanti-nanti, anda boleh harapkan kehadiran karakter PUBG MOBILE yang terbaru dan ia berkemungkinan terdiri daripada ahli keluarga Forger iaitu Loid, Yor mahupun Anya.
Anda boleh memuat turun aplikasi PUBG MOBILE melalui Google Play Store dan Apple App Store.
{suggest}
Sumber: Siaran Media PUBG MOBILE