Selepas pelancaran ciri Spotify DJ pada bulan Februari 2023 lalu, aplikasi penstriman muzik digital, Spotify kini dilaporkan sedang menguji ciri terbaru mereka yang dikenali sebagai AI Playlist.
Untuk pengetahuan anda, Spotify DJ adalah kemasukan teknologi kecerdasan buatan yang pertama untuk aplikasi Spotify dan hanya untuk kegunaan pengguna premium di negara Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.
Dengan kebolehannya untuk menukar aliran muzik yang sedang dimainkan dari sudut genre dan artis dengan sekali tekan di paparan Spotify DJ, anda juga boleh mendengar ulasan terkini yang berkaitan dengan lagu yang sedang dimainkan.
Seiring dengan perkembangan yang berteraskan teknologi dari OpenAI ini, Spotify kini berada di dalam fasa ujian ciri terbaru yang dikenali sebagai AI Playlist.
Berdasarkan gambar di atas, pengguna aplikasi Spotify dijangka dapat mengakses ciri ini dalam bahagian Your Library yang mengandungi ciri “Playlist” dan “Blend“.
Paparan AI Playlist ini mempunyai rupa yang seakan-akan paparan carian di ChatGPT tetapi hanya untuk pembuatan senarai video audio sahaja.
Anda hanya perlu menyatakan jenis dan ciri muzik yang ingin anda dengar serta boleh dikecilkan skop senarai dengan memasukkan nama artis dan kumpulan yang anda mahu.
{suggest}
Sumber: Android Authority