Berkeupayaan memproses grafik selaju 10.28 teraflop.
Sony telah pun mendedahkan secara rasminya, spesifikasi konsol permainan terbaru mereka , PlayStation 5 baru-baru ini.
Pendedahan itu dibuat dalam satu pembentangan khas oleh Sony selepas Microsoft mendedahkan secara lebih terperinci tentang spesifikasi konsol permainan terbaru Xbox Series X.
Sony mendedahkan, PlayStaion 5 akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Zen 2 pada kitaran kuasan 3.5Ghz, kuasa grafik berprestasi tinggi yang mampu memproses sehingga 10.28 teraflop, RAM GDDR6 berkapasiti 16GB dan storan pantas SSD berkapasiti 825GB.
Malah PS5 turut menyokong ciri tambahan storan dalaman jenis NVMe SSD dan storan luar menerusi sambungan USB.
Berikut adalah spesifikasi PlayStation 5 sepertimana yang didedahkan Sony.
Component | Spec |
---|---|
CPU | 8x Zen 2 Cores at 3.5GHz (variable frequency) |
GPU | 10.28 TFLOPs, 36 CUs at 2.23GHz (variable frequency) |
GPU Architecture | Custom RDNA 2 |
Memory/Interface | 16GB GDDR6/256-bit |
Memory Bandwidth | 448GB/s |
Internal Storage | Custom 825GB SSD |
IO Throughput | 5.5GB/s (Raw), Typical 8-9GB/s (Compressed) |
Expandable Storage | NVMe SSD Slot |
External Storage | USB HDD Support |
Optical Drive | 4K UHD Blu-ray Drive |
Jadi, antara konsol permainan popular PS5 Sony dengan Xbox Series X dari Microsoft, yang manakah lebih menarik perhatian anda?
Sumber: Cnet