iQOO 11 mula diperkenalkan pada tahun lepas dan ia merupakan peranti pertama iQOO yang diperkenalkan di Malaysia.
Kini, iQOO dilapor bakal memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya – iQOO 12, mengikut sumber di Weibo.
Spesifikasi iQOO 12
Ketika ini, iQOO 12 didakwa dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3, memori RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0. Yang utama, peranti ini juga dikatakan guna sensor kamera utama OmniVision OV50H 50-megapiksel 1/1.28-inci.
Selain itu, peranti ini mungkin dilengkapi skrin AMOLED beresolusi 2K dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.
{suggest}
Baru-baru ini, iQOO juga dilaporkan bakal perkenal siri iQOO Z8 pada hujung bulan ini di China. Anda boleh membaca spesifkasi siri iQOO Z8 yang didakwa di artikel ini.
Beli Peranti iQOO di Shopee: https://invl.io/cljix2t
Beli Peranti iQOO di Lazada: https://invol.co/cljix38