Mungkin inilah komputer masa depan yang tidak perlukan lagi skrin sebagai paparan utamanya.
Sebaliknya ia menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR) yang dipancarkan menerusi peranti yang dipakai seperti aksesori cermin mata.
Itulah yang dibangunkan oleh sebuah syarikat pemula bernama Sightful menerusi komputer riba AR pertama di dunia yang dinamakan sebagai Spacetop.
Spacetop dikusakan oleh cip pemproses ARM dan menjalankan sistem operasi sumber terbuka Android, AOSP.
Untuk peranti AR nya, Sightful bekerjasama dengan Nreal yang menggunakan peranti AR Nreal Light.
Set AR kompter riba ini dipakai seperti cermin mata di mana ia mampu memancarkan skrin maya bersaiz 100 inci untuk paparan mata anda.
We are incredibly proud of our long-time friends and partners at @sightful as they launch the world's first AR laptop.
Paired with Nreal Light, Spacetop breaks out of the confines of a traditional PC while retaining a familiar, adaptable formfactor.https://t.co/7A1cKcExqI pic.twitter.com/zmayijhaTQ
— Nreal 👓 (@Nreal) May 18, 2023
Untuk akses awal komputer riba ini, ia dijual pada harga USD2,000 (~RM91340 seunit) yang boleh dibeli menerusi laman sightful.com.
Tetapi hanya terhad untuk 1,000 unit pertama sahaja bagi tujuan maklum balas dari penggunanya.
{suggest}