Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony wf1000xm5

Sony WF-1000XM5 Dipercayai Akan Dilancarkan Minggu Depan

Posted on Julai 21, 2023

Sony melalui media sosial mereka memberi bayangan untuk melancarkan produk audio baharu pada jam 12 pagi, 25 Julai 2023 waktu Malaysia.

sony wf1000xm5

Syarikat tidak mengatakannya secara langsung tapi ramai percaya ia adalah model seterusnya selepas XM4 diperkenal pada tahun 2021.

For the silence. For the sound. ​

Stay tuned…you'll want to hear this.​#MySony pic.twitter.com/m9p0NV5LG2

— Sony Electronics (@SonyElectronics) July 18, 2023

Kalau ikutkan khabar angin, TWS ini kelak akan datang dengan dimensi lebih kecil dan ringan iaitu sekadar 5.9g berbanding 7.3g pada WF-1000XM4.

Bekasnya mempunyai kapasiti yang lebih besar dan mampu bertahan sehingga 24 jam.

Selain itu, ia juga dikatakan akan dilengkapi Dynamic Driver X sebesar 8.4mm dan 3 mikrofon serta Precise Voice Pickup untuk pastikan pihak di sebelah sana dengar suara pengguna dengan jelas.

{suggest}

Harganya juga dijangka meningkat iaitu $320 (~RM1,456) berbanding $280 ketika WF-1000XM4 dilancarkan dulu.

Sumber: Sony

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress