Sony kini baru sahaja mengumumkan Airpeak iaitu projek baharu mereka dalam arena pasaran dron.
Sony merupakan jenama yang sudah mesra dengan sensor kamera jadi sudah tentu mereka akan menggunakan kepakaran mereka untuk merealisasikan projek Airpeak ini.
Namun begitu, Sony tidak memperincikan adakah mereka bakal memperkenalkan dron sendiri, ataupun menawarkan teknologi kamera dan sensor kepada pengeluar dron.
Difahamkan Airpeak akan mempunyai tarikh pengenalan rasminya kepada awam pada tahun 2021 hadapan.
Sumber: Sony