Selepas syarikat Sony melancarkan kamera terbaru mereka, Sony Alpha 9 III pada awal bulan November 2023 yang lepas, Sony Malaysia kini membuat satu kenyataan di halaman Facebook mereka bahawa kemasukan kamera ini di pasaran Malaysia telah ditetapkan.
https://www.facebook.com/sony.alphauniversemy/posts/768911441947016?ref=embed_post
Kepada rakyat Malaysia yang berminat dengan produk kamera terbaru keluaran Sony yang dikenali sebagai kamera bingkai penuh pertama di dunia dengan sistem pengatup global ini, anda boleh membuat pra-tempah untuk Sony Alpha 9 III (tanpa lensa) di pautan ini dengan harga yang telah ditetapkan iaitu RM29,299.
Selain itu, pembelian secara pra-tempah ini akan disertakan sekali hadiah percuma berupa kad SD CEA-G80T bernilai RM989 dan pek bateri bernilai RM402.
Tempoh pra-tempah hanya terhad sehingga 7 January 2024. Untuk maklumat lanjut tentang kamera Alpha 9 III, sila rujuk laman web Sony.
{suggest}
Sumber: Sony Malaysia