Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sokongan 5G Kini Hadir Untuk Pengguna iPhone Di Malaysia

Posted on Disember 14, 2022Disember 14, 2022

Melalui iOS 16.2 yang dilancarkan awal pagi tadi, Apple telah menawarkan sejumlah ciri baharu dan pembetulan pepijat.

{suggest}

Namun, khabar gembira untuk pengguna di Malaysia adalah Apple kini sudah pun menambah sokongan 5G dengan kemas kini terbaharu itu.

Setakat ini, tinjauan penulis mendapati pengguna Celcom, Digi dan U Mobile sudah pun boleh mengaktifkan sokongan 5G bagi iPhone atau pelan yang menyokongnya.

Sebagai tambahan, perlu diketahui selain penyedia perkhidmatan, sokongan 5G juga bergantung kepada kawasan yang berada dalam liputan rangkaian itu.

Sementara itu, bagi iPhone yang tidak mempunyai tetapan 5G walaupun kemas kini telah dilakukan, berkemungkinan penyedia perkhidmatan belum lagi menawarkan sokongan rangkaian 5G secara keseluruhan.

Tetapan 5G di iPhone 12 dan terkini boleh disemak melalui Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Voice & Data.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress