Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy perlu diberikan perhatian apabila cip dari Qualcomm tersebut bakal meningkatkan prestasinya pada tahun ini.
Sebelum ini, dikhabarkan bahawa Adreno 750 yang ditampilkan dalam SoC flagship Qualcomm yang akan datang adalah 40 peratus lebih pantas daripada Adreno 740 dalam Snapdragon 8 Gen 2.
Perkara tersebut terbukti apabila ujian Vulkan dijalankan pada kedua-dua jenis cip pemprosesan tersebut untuk dilakukan perbandingan. Ujian tersebut telah membuktikan bahawa cip Snapdragon 8 Gen 3 terdapat peningkatan nilai dua kali ganda terhadap prestasi cip pemprosesan tersebut.
Exynos 2400 juga mendahului Snapdragon 8 Gen 2 tetapi Snapdragon 8 Gen 3 terus menjadi yang terpantas daripada ketiga-tiga cip ini. Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy sepatutnya diuji dalam penanda aras Vulkan Geekbench 6, dengan keputusan awal menunjukkan bahawa SoC ini 10 peratus lebih pantas daripada GPU Xclipse 940 Exynos 2400.
Walaupun kedua-dua cip pemprosesan tersebut melakukan perkara yang sama dalam OpenCL namun terdapat satu perkara yang selalu dipilih oleh pengkritik iaitu perbezaan antara silikon terkini dengan sebelumnya.
Menurut ujian yang dilakukan pada Galaxy S23 Ultra, Snapdragon 8 Gen 2 adalah lebih perlahan berbanding Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy dengan kadar 80 peratus lebih pantas. Cip ini mungkin menjadi peneraju prestasi terbesar untuk satu generasi.
Perkara tersebut tidak terdapat pada Apple A17 Pro jika dibandingkan dengan Apple A16 Bionic.
Apa yang lebih menarik untuk diperhatikan ialah ujian Vulkan yang telah dilakukan pada Galaxy S24 Plus dan bukannya pada Galaxy S24 Ultra.
Ujian ini telah membuktikan walaupun sistem penyejukannya mempunyai prestasi yang lebih kecil, namun Snapdragon 8 Gen 3 mengatasi prestasi pendahulunya dengan margin yang ketara.
Kami menjangkakan untuk melihat perbezaan yang lebih besar apabila SoC yang sama ditemui dalam Galaxy S24 Ultra, kerana saiz vapor chamber yang lebih besar sepatutnya menyumbang kepada skor yang lebih tinggi.
Pembaca jelas bahawa perbezaan 80% ini tidak dilihat pada ujian yang lain seperti ray tracing atau ketika memainkan Genshin Impact. Jadi mungkin angka tersebut akan mempunyai sedikit perubahan nanti.
{suggest}
Sumber: wccftech