Laporan mendedahkan bahawa acara Snapdragon Summit akan dilangsungkan pada 14-17 November 2022 oleh Qualcomm.
Seperti kita tahu, cip kelas andalan terbaru daripada syarikat itu lazimnya didedahkan pada acara Summit itu.
Justeru, sumber percaya cip Snapdragon 8 Gen 2 juga akan diperkenal seawal hari pertama acara itu iaitu pada 14 November ini.
Dikatakan juga cip ini akan dibinar berasaskan teknologi 4nm serta dilengkapkan dengan seni bina lapan teras 1+2+2+3.
Selain itu, ia juga akan menggunakan Cortex X3 dan Cortex A715 yang akan masing-masing akan menambah baik prestasi sebanyak 22% dan 5%.
{suggest}
Bagaimanapun, teras-teras yang kecil akan menggunakan Cortex A510. Dengan perubahan-perubahan ini, Snapdragon 8 Gen 2 juga akan lebih cekap tenaga sebanyak 20%.
Bagi penggunaan grafik pula, cip pemprosesan ini mungkin dilengkapkan dengan GPU Adreno 740 dan X70 5G.
Sumber: Huawei Central