Berita baik kepada peminat siri One Piece khususnya mereka yang menonton siri One Piece aksi sebenar terbitan Netflix.
Ini kerana siri popular Netflix yang diadaptasi dari anime One Piece bakal hadir untuk musim keduanya.
Ia dimaklumkan oleh penerbit bersama bagi siri adaptasi itu, Tomorrow Studios.
“Kami telah menyediakan skrip,” Marty Adelstein, Ketua Pegawai Eksekutif Tomorrow Studios.
Presiden Tomorrow Studios, Becky Clements berkata sebaik sahaja mereka dibenarkan untuk teruskan lagi, Musim ke-2 akan dilancarkan seawal tahun depan.
“Secara realistik, mudah-mudahan, setahun lagi mungkin, jika kita bergerak dengan cepat… antara setahun dan 18 bulan, kami boleh bersedia untuk siaran.” Becky Clements.
Ia pastinya satu kejayaan besar kepada syarikat itu selepas pelancaran yang kurang berjaya bagi adaptasi aksi langsung “Cowboy Bebop” untuk Netflix apabila siri itu dibatalkan kurang daripada sebulan selepas ia ditayangkan pada 2021.
“Saya rasa, Netflix melihat pelbagai situasi tentang berapa banyak episod yang mereka akan lakukan, adakah mereka perlu membahagikannya?” Marty Adelstein.
{suggest}
Sumber: Variety, One Piece Tweets