Baru sahaja dilancarkan secara rasmi di MWC 2023. model telefon pintar terbaru iaitu HONOR Magic5 Pro telah menerima skor markah tertinggi bagi kamera dan paparan oleh DxOMark.
DxOMark memberikan skor sebanyak 152 markah untuk kamera dan 151 markah untuk paparan HONOR Magic5 Pro.
Sekaligus meletakkan telefon pintar terbaru itu juara carta DxOMark bagi dua kategori itu ketika ini.
DxOMark menyatakan, antara kelebihan utama kamera HONOR Magic5 Pro adalah keupayaan ciri autofocus yang pantas dan tepat, cemerlang merakam foto dalam keadaan pencahayaan rendah, serta pengurusan warna dan kontras yang sangat baik pada skrin.
HONOR Magic5 Pro mengatasi pesaing telefon pintar ultra premium yang lainnya termasuklah Apple iPhone 14 Pro dan Pro Max yang berkongsi kedudukan di tangga ke-5 serta Samsung Galaxy S23 Ultra pula sekadar berkongsi kedudukan di tempat ke-11 bersama dengan Google Pixel7 dan Vivo X90 Pro+ bagi kategori kamera terbaik DxOMark.
{suggest}
Sumber: DXOMARK