ASUS bakal melancarkan siri ROG Phone 8 tidak lama lagi iaitu ROG Phone 8, ROG Phone 8 Pro dan ROG Phone 8 Ultra. Siri ini bakal menggantikan siri ROG Phone 7. Walau bagaimanapun, belum ada tarikh rasmi lagi untuk pelancaran siri ini.
Beberapa butiran mengenai peranti tersebut telah didedahkan dan butiran mengenai pemproses sahaja yang dapat diketahui sekarang.
Malah, baru-baru ini, model Ultimate telah dipaparkan di tapak pensijilan 3C dan turut disenaraikan di Geekbench dengan nombor model ASUS_AI2401_D.
Pemproses peranti ini telah mendapat 2,235 mata untuk ujian teras tunggal dan 7,098 mata untuk ujian berbilang teras yang mana telefon ini menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3.
Selain itu, ROG Phone 8 Ultimate mungkin didatangkan dengan 24GB RAM serta Android 14. Dari segi pengecasan pula, ia mungkin akan menyokong penegecasan pantas 65W serta menyokong 5G.
Cip Snapdragon 8 Gen 3 dikatakan mampu meningkatkan prestasi telefon sehingga 30 peratus berbanding cip sebelumnya.
Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada
{suggest}
Sumber: Gadgets 36o