Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sistem Perkhidmatan KWSP Ditutup Sementara Waktu

Posted on Mac 4, 2023Mac 4, 2023

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan dan sistem dalam talian KWSP ditutup bermula 3 Mac 2023, bagi tujuan penyelenggaraan.

{suggest}

Dimaklumkan, berikut merupakan jadual masa penyelenggaraan dan perkhidmatan yang terjejas.

Sebagai tambahan, fungsi caruman sukarela (VC) juga ditutup dari 2 Mac 2023 (11.30 malam) dan akan dibuka semula pada 5 Mac 2023 (1.00 pagi).

Di sisi yang lainnya, KWSP hari ini turut mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2022 sebanyak 5.35% untuk Simpanan Konvensional dan 4.75% untuk Simpanan Shariah.

Pengkreditan dividen untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah telah pun diagihkan pada 4 Mac 2023. Ahli boleh menyemak penyata terkini akaun mereka melalui i-Akaun atau mendapatkan penyata dari Self-Service Terminal (SST) di cawangan KWSP seluruh negara, setelah penyelenggaraan selesai dijalankan.

Sumber: KWSP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress