Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini memaklumkan akan melakukan penyelenggaraan sistem mySIKAP pada 9 hingga 10 Mac 2024.
{suggest}
Kesemua perkhidmatan yang melibatkan sistem mySIKAP JPJ akan tergendala pada 9 Mac, 12.01 tengah malam sehingga 10 Mac 2024, 6.00 pagi. Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti berikut:
- Portal Awam & Portal Rakan Niaga
- Integrasi Bersama Agensi & Rakan Niaga
- Kaunter JPJ di UTC
- JPJ Mobile
- Aplikasi MyJPJ
- JPJeBid
- Kios JPJ.
Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pengguna disarankan untuk merancang atau menangguhkan urusan berkaitan sepanjang tempoh penyelenggaraan.
Sumber: JPJ