vivo kini mengumumkan telefon pintar pertama mereka yang menggunakan cip MediaTek Dimensity 9300 dengan kamera lensa Zeiss APO, iaitu siri X100.
Kedua-dua siri X100 ini dilengkapi dengan paparan melengkung 6.78 inci 8T LTPO AMOLED dengan resolusi 1260p, sokongan warna 10 bit dan kadar segar semula 120Hz. Dalam pada itu, dua peranti ini mampu mencapai puncak kecerahan sehingga 3,000 nits dan dilengkapi dengan 2,162Hz PWM.
Dalam pada itu, peranti siri X100 ini juga hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin serta kamera hadapan 32MP.
X100 Pro
Selain daripada menjadi telefon pertama yang menggunakan kamera Zeiss APO, peranti X100 Pro menawarkan tiga lensa 50MP dengan sensor 1 inci Sony IMX989 untuk kamera utama serta lapisan T* coating yang dapat mengurangkan pemantulan sebanyak 50% berbanding siri vivo X90.
Tambahan lagi, ia turut hadir dengan teknologi lensa periskop terbaru yang menampilkan apertur f/2.57 dan umpama lensa 100mm dengan zum optikal 4.3x serta 100x zum digital.
Ia juga dipasang dengan cip pengimejan 6nm V3 terbaru daripada vivo yang dapat merakam dan memproses video potret 4K.
Kapasiti baterinya pula adalah 5,400 mAh dengan pengecasan 100W dan pengecasan pantas wayarles 50W.
X100
Peranti ini juga hadir dengan tiga tetapan kamera yang mana merangkumi 50MP (IMX920) utama, 64MP telefoto dengan zum 3x + OIS dan 50MP ultra lebar. Kesemua lensa ini pun dilengkapi T* coating.
X100 ini mempunyai kapasiti bateri sebanyak 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W.
Kedua-dua telefon pintar ini juga menjalankan OriginOS 4 yang berasaskan Android 14.
Siri X100 ini turut mempunyai memori sehingga 16GB LPDDR5T dan storan 1TB UFS 4.0, penarafan IP68, IR blaster, WiFi 7 dan sambungan Bluetooth 5.4.
Harga kedua-dua peranti X100 ini adalah seperti berikut:
X100
- 12GB RAM + 256GGB = CNY3,999 (~RM2588.38)
- 16GB LPDDR5T RAM + 1TB = CNY5,099 (~RM3300.36)
X100 Pro
- 12GB RAM + 256GGB = CNY4,999 (~RM3235.63)
- 16GB LPDDR5T RAM + 1TB = CNY5,999 (~RM3882.89)
Siri X100 dan X100 Pro ini akan tersedia di pasaran China terlebih dahulu dengan 4 pilihan warna iaitu hitam, putih, biru dan oren. Berkemungkinan ia bakal memasuki pasaran Malaysia penghujung tahun ini atau awal tahun 2024.
Beli peranti vivo di:
Shopee – https://invl.io/cljnqn6
Lazada – https://invol.co/cljnqng
{suggest}
Sumber: Vivo