Baru-baru ini, syarikat telefon pintar vivo Malaysia telah mengumumkan ketibaan peranti terbaru mereka ke pasaran tempatan iaitu siri vivo V30 yang akan tiba pada 13 Mac 2024.
Varian yang akan tiba adalah V30 dan V30 Pro dengan spesifikasi kamera utama 50MP, ultra lebar 50MP daripada ZEISS, Aura Light 3.0, kadar segar semula skrin 120Hz dan kapasiti bateri 5,000mAh.
Namun, spesifikasi lain untuk pasaran Malaysia belum lagi diumumkan.
Siri vivo V30 ini dilancarkan bagi menyambut ulang tahun produk flagship vivo yang ke-10 bagi mewujudkan era baharu dalam bidang fotografi telefon pintar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook vivo Malaysia dan sertai pelbagai acara sebelum tibanya siri vivo V30 ini.
Beli produk vivo di:
Shopee – https://invl.io/clkoycq
Lazada – https://invol.co/clkoycw
{suggest}
Sumber: Siaran Media vivo Malaysia