Sebagai penutup tahun 2023, syarikat Redmi yang merupakan anak syarikat kepada Xiaomi telah melancarkan telefon pintar siri terbaru mereka iaitu Redmi K70, Redmi K70 Pro dan Redmi K70e.
Redmi K70
Telefon pintar Redmi K70 ini dilengkapi dengan paparan skrin OLED 6.67 inci dengan resolusi 1440p dan kadar segar semula 120Hz. Turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, kecerahan maksimum model ini boleh mencecah sehingga 4,000 nits.
Selain itu, K70 dipasangkan dengan kamera utama 50MP bersama, ultra lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP serta kamera swafoto 16MP.
Ia juga diganding bersama sokongan memori LPDDR5X dan UFS 4.0 untuk storan.
Peranti ini juga hadir dengan kapasiti bateri 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W dan dikatakan mengambil masa 18 minit sahaja untuk pengecasan penuh.
Ketersediaan model ini di pasaran China tersedia dalam empat variasi warna iaitu putih, hitam, blue moonstone dan violet dengan harga seperti di bawah.
- 12GB RAM + 256GB = CNY2,499 (~RM1,640.06)
- 16GB RAM + 1TB = CNY3,399 (~RM2,230.72)
Redmi K70 Pro
Sama seperti K70, model Redmi K70 Pro juga menggunakan paparan OLED 6.67 inci dengan resolusi 1440p. Selain itu, kapasiti bateri juga adalah 5,000 mAh dengan pengecasan 120W.
Berbeza pula bagi cip, model ini dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3.
Dari segi kamera pula, sama seperti K70 yang menggunakan kamera utama 50MP tetapi lain bagi kamera telefoto yang dilengkapi dengan sensor 50MP serta ultralebar 12MP. Kamera swafoto pula sama dengan K70 iaitu 16MP.
Redmi K70 Pro ini pula hadir dengan tiga variasi warna iaitu hitam, putih dan blue moonstone dengan harga yang ditawarkan seperti di bawah.
- 12GB RAM + 256GB = CNY3,299 (~RM2,165.09)
- 16GB RAM + 256GB = CNY3,599 (~RM2,361.98)
- 16GB RAM + 512GB = CNY3,899 (~RM2,558.87)
- 24GB RAM + 1TB = CNY4,399 (~RM2,887.01)
Redmi K70e
Tidak ketinggalan juga, model Redmi K70e yang dikatakan telefon pintar siri K70 yang mampu milik antara tiga peranti ini.
K70e ini menggunakan cip 4nm Dimensity 8300 Ultra dengan teras Cortex-A715 dan A510 tetapi turut disokong oleh memori jenis LPDDR5X dan UFS 4.0.
Ia turut dilindungi dengan penyejukkan daripada ruang wap keluli tahan karat 5,000mm².
Walaupun masih menggunakan paparan OLED 6.67 inci, kadar resolusinya diturunkan kepada 1,220p x 2,712p dengan sokongan Dolby Vision dan HDR10+. Ia juga mempunyai kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum sehingga 1,800 nits.
Namun begitu, kapasiti baterinya ditingkatkan sebanyak 10% lebih banyak dari K70 dan K70 Pro iaitu 5,500 mAh tapi dikurangkan kadar pengecasannya kepada 90W dengan jangka masa 34 minit untuk pengecasan penuh.
Bagi kamera pula, K70e menggunakan kamera utama 64MP, ultra lebar 8MP dan kamera makro. Selain itu, kamera utamanya dikatakan boleh merakam video 4K pada 30fps dan 1080p pada 60fps. Kamera swafoto pula 16MP dengan tangkapan video 1080p pada 60fps.
Untuk model Redmi K70e ini, ia datang dalam tiga variasi warna iaitu hitam, putih dan bluemoonstone dengan harga seperti di bawah.
- 12GB RAM + 256GB = CNY2,000 (~RM1,312.15)
- 12GB RAM + 512GB = CNY2,200 (~RM1,443.37)
- 16GB RAM + 1TB = CNY2,600 (~RM1,705.80)
{suggest}
Sumber: GSMarena