realme kini mengumumkan ketibaan siri realme 12 Pro 5G semasa acara CES 2024 yang akan dilengkapi dengan kamera periskop.
Untuk pengetahuan anda, ciri kamera periskop ini mula diperkenalkan dalam realme GT5 Pro yang dilancarkan pada Disember 2023 yang lepas.
Kini, ia telah menjadi salah satu ciri flagship telefoto yang ditawarkan oleh syarikat realme untuk peranti realme 12 Pro ini serta menjadi pilihan mod tunggal kamera.
Hal ini kerana ciri telefoto periskop ini mampu menangkap gambar dengan mod potret 3x pada 80mm dan menawarkan jarak zum digital sehingga 120x.
Dalam pada itu, siri realme 12 Pro ini menggunakan kamera dengan ciri Sony IMX890 OIS untuk menyokong tangkapan malam dan zum lossless pada 0.6x, 1x, 2x, 3x, dan 6x.
Peranti ini juga mendapat kerjasama binaan daripada Qualcomm bagi pemprosesan imej MasterShot Algorithm untuk penghasilan gambar yang lebih realistik dengan ciri LightFusion Engine dan NightEye Engine.
Selain itu, siri realme 12 Pro 5G ini juga akan tampil dengan satu rekaan baharu yang menepati ciri-ciri jam tangan eksklusif berjenama Rolex.
{suggest}
Sumber: Siaran Media realme