Google telah mengumumkan bahawa lossless audio akan diimplementasikan dalam siri Pixel 8, seiring dengan telefon daripada OEM yang lain tidak lama lagi.
Google mula memperkenalkan lossless audio dengan Android 14 beta 2 yang menawarkan pengalaman peringkat audiophile berbanding fon kepala. Apabila ciri ini boleh diakses, anda akan dapat mendengar muzik yang bunyinya tidak dimampatkan sama seperti waktu asal lagu itu dicipta.
Tujuannya adalah untuk memastikan audio menjadi lebih sempurna supaya audio itu sendiri boleh memintas audio mixer, sebarang kesan pemprosesan dan lain-lain. Dalam hal ini, pihak Google hanya memerlukan sokongan daripada pembuat peranti dan pembangun aplikasi memandangkan pihak mereka telah membuat sokongan OS.
Mereka berharap kepada pembangun aplikasi dapat menerima penggunaan API baharu untuk lossless audio dalam memanfaatkan ciri tersebut. Jika mereka dapat berbuat demikian, audio akan boleh dihantar terus tanpa campuran bunyi, pelarasan audio atau kesan pemprosesan.
Kelebihan ciri ini kepada pengguna adalah mereka boleh menyambungkan fon kepala terus kepada peranti dan mendengar muzik dengan pengalaman lossless audio dengan syarat pengguna perlu mempunyai akses kepada fail audio tersebut atau melanggan perkhidmatan penstriman musik lossless seperti TIDAL, Amazon Music dan Apple Music. Spotify juga dijangka akan melancarkan penstriman lossless yang dipanggil Spotify HiFi tapi belum diketahui tarikh sebenar ketersediaannya.
{suggest}
Sumber: Android Authority