Julai lepas, OPPO Malaysia membawa masuk siri OPPO Reno10. Anda boleh baca ulasan penuh kami di SINI.
Kini, pihak mereka telah melancarkan siri Reno yang terbaru iaitu OPPO Reno11 dan OPPO Reno11 Pro.
OPPO Reno11
Untuk telefon pintar Reno11 ini, ia dikuasakan cip Mediatek Dimensity 8200 dengan resolusi skrin OLED 6.7 inci 1080p.
Dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar sampel sentuhan 240Hz, peranti ini mempunyai kapasiti bateri sebanyak 4,800mAh, 5% lebih banyak daripada kapasiti bateri Reno10.
Ia juga menyokong pengecasan 67W dan mengambil masa hanya 19 minit untuk 50% pengecasan dari 0%.
Selain daripada sokongan Color OS 14 dan NFC, ia juga dilengkapi dengan tiga kamera, kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT600, kamera potret 32MP, 8MP ultra lebar dan kamera swafoto 32MP.
- 8GB RAM + 256GB = CNY 2,499 (~RM1,638.09)
- 12GB RAM + 256GB = CNY 2,799 (~RM1,834.74)
- 12GB RAM + 512GB = CNY 2,999 (~RM1,965.84)
OPPO Reno11 Pro
Perbezaan peranti ini dengan Reno11 boleh dilihat pada saiz paparan skrin OLEDnya yang berukuran 6.74 inci dengan resolusi 2772p x 1240p serta kecerahan puncak yang mencapai 1,600 nits.
Selain itu, telefon pintar ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 serta mempunyai kapasiti bateri 4,700mAh yang dibahagikan kepada 2 sel 2,350mAh. Dengan pengecasan 80W, ia boleh mengecas sehingga 50% dari 0% dalam masa 11 minit.
Kamera yang digunakan adalah kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX890, kamera potret 32MP, 8MP ultra lebar dan kamera swafoto 32MP.
- 12GB RAM + 256GB = CNY 3,499 (~RM2,293.58)
- 12GB RAM + 512GB = CNY 3,799 (~RM2,490.23)
Terdapat 3 variasi warna untuk siri Reno11 ini iaitu Moonstone, Fluorite Blue dan Obsidian Black.
Buat masa sekarang, peranti siri Reno11 ini hanya tersedia di pasaran China sahaja pada 25 November 2023 untuk Reno11 dan 1 December 2023 untuk Reno11 Pro.
{suggest}
Sumber: OPPO