Disebalik pendapat negatif yang dilemparkan sebahagian peminat tegarnya, siri aksi sebenar One Piece terbitan Netflix berjaya memecahkan rekod tayangan di platform penstriman itu.
Menurut MovieWeb, siri aksi sebenar dari adaptasi manga dan anime karya Eiichiro Oda itu kini menjadi tajuk rancangan TV paling popular dengan berada dalam siri teratas Netflix di 84 negara.
The One Piece Live Action has reached top concurrent viewership in 84 countries, more than any show in Netflix history pic.twitter.com/oZvEqw5zOR
— Artur – Library of Ohara (@newworldartur) September 3, 2023
Malah siri One Piece itu juga menjadi tajuk paling popular ditonton oleh penonton Netflix di Malaysia.
Eiichiro Oda sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak berkompromi dalam penerbitan karyanya itu kepada adaptasi ke aksi sebenar.
Musim pertama siri aksi sebenar One Piece ini mengandungi sebanyak 8 episod dan sudah pun tersedia untuk penstriman yang boleh ditonton dalam pelbagai bahasa di Netflix bermula 31 Ogos 2023.
{suggest}
Sumber: movieweb