Baru-baru ini, Motorola telah melancarkan siri telefon pintar yang terbaru iaitu siri Motorola Edge 50 dan ia merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menerapkan teknologi kecerdasan buatan untuk kamera berasaskan Pantone™ Validated, sistem padanan warna.
Siri ini terdiri daripada tiga model iaitu Motorola Edge 50 Ultra, Motorola Edge 50 Pro dan Motorola Edge 50 Fusion.
Motorola Edge 50 Ultra
Model Edge 50 Ultra ini hadir dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 dengan sokongan memori 16GB RAM dan storan 1TB. Skrinnya pula adalah jenis vivid pOLED bersaiz 6.67 inci dengan resolusi Super HD 1220p.
Untuk kamera pula, ia terdiri daripada 50MP utama, 64MP telefoto, 50MP ultra lebar dan 50MP swafoto. Ciri tambahan yang disertakan adalah Adaptive Stabilization, Auto Focus Tracking, Action Shot dan Long Exposure.
Model ini juga hadir dengan kapasiti bateri 4,500mAh dan pengecasan berwayar 125W dan wayarles 50W.
Buat pengetahuan, peranti ini adalah pertama di dunia yang mempunyai penarafan warna Pantone™ bagi skrin dan kamera.
Motorola Edge 50 Pro
Bagi model 50 Pro ini pula, ia dikuasakan dengan Snapdragon 7 Gen 3 dan digandingkan bersama memori 12GB RAM dan storan 512GB.
Telefon ini juga dilengkapi paparan pOLED 6.7 inci dengan resolusi Super HD dan kadar segar semula 144Hz.
Kameranya terdiri daripada lensa 50MP utama, 10MP telefoto, 13MP ultra lebar dan 50MP swafoto.
Sama seperti model 50 Ultra, ia juga mempunyai kapasiti bateri 4,500mAh dan pengecasan berwayar 125W dan wayarles 50W.
Motorola Edge 50 Fusion
Model yang terakhir ini dilengkapi dengan penguasaan cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 8GB RAM dan storan 256GB UFS 2.2.
Skrin telefon ini hadir dengan jenis pOLED juga pada saiz 6.7 inci dan berkadar segar semula 120Hz.
Telefon ini juga lengkap dengan kamera utama 50MP, 13MP ultra lebar dan 32MP swafoto. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh.
{suggest}
Tambahan lagi, ketiga-tiga model ini juga dilengkapi dengan penarafan IP68, Moto AI serta akses kepada ciri suntingan seperti Magic Editor, Magic Eraser, Photo Unblur dan lain-lain.
Untuk ketersediaan, siri Motorola Edge 50 ini telah rasmi dihantar ke pasaran seluruh Asia, Eropah, Amerika Latin dan Oceania. Harga yang ditetapkan adalah seperti di bawah.
- Motorola Edge 50 Ultra = EUR999 (~RM5,070.15)
- Motorola Edge 50 Pro = EUR699 (~RM3,547.25)
- Motorola Edge 50 Fusion = EUR399 (~RM2,024.75)
Sumber: Motorola