iQOO Malaysia kini telah mengumumkan kemasukan satu lagi produk telefon pintar terbaru untuk memenuhi ruang dalam siri Z iaitu siri iQOO Z9 yang terdiri daripada iQOO Z9 dan iQOO Z9x.
Kedua-dua model ini dikatakan tersedia dengan rangkaian 5G.
Buat masa sekarang, spesifikasi penuh untuk kedua-dua model siri iQOO Z9 ini masih belum diketahui namun, menerusi laman rasmi vivo Malaysia, iQOO Z9 akan menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 3, memori 8+8GB RAM dan storan 256GB.
Skrinnya pula adalah jenis AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz. Bateri berkapasiti 6,000mAh dan mempunyai pengecasan 80W.
{suggest}
Manakala, iQOO Z9x pula akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 serta digandingkan bersama memori 8+8GB RAM dan storan 128GB.
Untuk bateri, kapasitinya adalah 6,000mAh dan mendapat pengecasan 44W. Paparan lengkap dengan kadar segar semula 120Hz dan puncak kecerahan 1000 nits.
Sumber: Siaran Media vivo Malaysia