Platform Digital Chat Station telah mendedahkan siri P60 yang akan datang daripada Huawei dari segi rekaan dan spesifikasinya.
Spesifikasi Kamera Utama
Mengikut sumber, P60 Pro akan hadir dengan sensor utama Sony IMX888, lensa ultra-lebar IMX858 dan OV64B untuk telefoto yang menyokong 3.5X zum optikal.
Berkemungkinan besar, Huawei P60 Pro adalah yang pertama akan guna sensor Sony IMX888. Sementara itu, model standard P60 pula didakwa akan guna sensor kamera utama Sony IMX789.
Berdasarkan gambar di atas, siri Huawei P60 mempunyai bonggol kamera baharu dengan rekaan segi empat sama dan bulatan ditengah-tengahnya.
Tetapi sayang sekali kerana siri Huawei P60 didakwa hanya dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 yang terbaru. Selain spesifikasi kamera dan cip, tiada sebarang spesifikasi lain yang dapat kita ketahui.
{suggest}
Sumber: Gizchina