Siri HUAWEI nova 12 kini secara rasminya telah masuk ke pasaran Malaysia dan semestinya melibatkan ketiga-tiga versi yang terdiri daripada nova 12s, nova 12 SE dan nova 12i.
Tambahan lagi, ketiga-tiga telefon ini juga dikuasakan oleh cip pemprosesan berjenama Qualcomm dan menjalankan EMUI 14 berasaskan Android 14.
HUAWEI nova 12s
Untuk model nova 12s ini, ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 778G 4G dengan GPU Adreno 642L serta 256GB storan.
Paparannya pula adalah jenis OLED bersaiz 6.7 inci serta dilengkapi dengan resolusi FHD+ (2412 x 1084) pada kadar segar semula 120Hz.
Untuk kamera belakang nova 12s ini, ia terdiri daripada kamera utama 50MP dan lensa ultra lebar 8MP serta dilengkapi dengan ciri AIS untuk kestabilan kecerdasan buatan semasa menangkap gambar.
Kamera swafotonya pula adalah 60MP dengan apertur f/2.4.
Model ini juga hadir dengan kapasiti bateri 4,500mAh dan pengecasan berwayar HUAWEI SuperCharge Turbo 2.0 66W.
Lain-lain sokongan adalah dwi-slot kad SIM, Bluetooth 5.2, USB-C 2.0 dan NFC.
HUAWEI nova 12 SE
Bagi nova 12 versi SE, ia dilengkapi dengan cip Snapdragon 680 dan GPU Adreno 610 serta 256GB storan.
Skrin telefon ini adalah jenis OLED juga yang bersaiz 6.67 inci dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080) dan kadar segar semula 90Hz.
Kamera telefon ini terdiri daripada 108MP utama, 8MP lensa ultra lebar, 2MP lensa makro dan 32MP kamera swafoto serta dilengkapi dengan ciri EIS dan autofokus.
Baterinya juga hadir dengan kapasiti 4,500mAh dan pengecasan berwayar 66W.
Lain lain ciri tambahan adalah dwi-slot kad SIM, rangkaian Bluetooth BT5.0, USB-C 2.0 dan NFC.
HUAWEI nova 12i
Model yang terakhir iaitu nova 12i pula dikuasakan oleh Snapdragon 680 dan grafik Adreno 610 dengan sokongan memori 8GB RAM + 256GB storan.
Paparan yang digunakan adalah jenis AOD yang berkadar segar semula 30-90Hz serta resolusi FHD+ (2388 x 1080) pada saiz skrin 6.7 inci.
Kameranya pula hanya terdiri daripada 108MP lensa utama, 2MP ultra lebar dan 8MP swafoto serta lengkap dengan ciri autofokus.
Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 40W.
Ciri yang lain adalah dwi-slot kad SIM, Bluetooth 5.0, USB-C 2.0 dan NFC.
{suggest}
Prapesan bermula hari ini sehingga 12 April (model nova 12s), bagi nova 12 SE pula sehingga 5 April, sementara nova 12i pula akan tersedia di pasaran pada 20 April.
Harga yang ditetapkan untuk ketiga-tiga telefon pintar HUAWEI nova 12 ini di pasaran Malaysia adalah seperti di bawah.
HUAWEI nova 12s (256GB) = RM1,999
HUAWEI nova 12 SE (256GB) = RM1,499
HUAWEI nova 12i (256GB) = RM1,299
HUAWEI Band 9
Selain siri Huawei nova 12, Huawei turut melancarkan penjejak kesihatan mereka, iaitu Band 9 yang dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 1.47 inci.
Selain itu, ia juga hadir dengan ketebalan 8.99mm dan berat 14g. Jangka hayat baterinya pula mampu untuk bertahan selama 14 hari penggunaan secara berterusan.
Ciri-ciri lain yang ada pada Band 9 ini adalah 100 jenis tetapan mod senaman, Spo2, penjejak kadar degupan jantung, TruSeen 5.5 dan TruRelax.
Harga yang ditetapkan bagi HUAWEI Band 9 ini adalah RM219.
Anda boleh prapesan Band 9 ini bermula 25 Mac hingga 3 April 2024.
Beli produk HUAWEI di:
Shopee – https://invl.io/clkwfix
Lazada – https://invol.co/clkwfjc
Sumber: Siaran Media HUAWEI Malaysia