Syarikat teknologi HUAWEI kini telah mengumumkan kemasukan barisan telefon pintar mereka yang terbaru iaitu siri HUAWEI nova 12 yang akan terdiri daripada nova 12s, nova 12 SE dan nova 12i.
Selain daripada reka bentuk yang kompak dan ringan, siri HUAWEI nova 12 ini dilengkapi dengan kamera utama 108MP untuk model nova 12 SE dan nova 12i.
Manakala, model nova 12s mempunyai kamera swafoto 60MP.
Tambahan lagi, siri nova 12 yang didatangkan dengan sistem operasi EMUI 14 ini juga tampil dengan teknologi ‘AI Battery Saving‘ untuk meningkatkan prestasi penggunaan bateri yang berpanjangan.
{suggest}
Walaupun tarikh ketersedian dan harga untuk siri nova 12 ini masih belum diketahui, HUAWEI Malaysia telah menawarkan baucar sebanyak RM50 yang boleh ditebus di SINI untuk setiap pembelian terawal.
Beli produk Huawei di:
Shopee – https://invl.io/clkrjha
Lazada – https://invol.co/clkrjh8
Sumber: Siaran Media HUAWEI Malaysia