Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia agak terkenal dengan barisan telefon pintarnya serta sistem yang tersendiri. Kini, syarikat ternama ini telah mengambil keputusan untuk melancarkan siri telefon pintar baharu iaitu Huawei Mate 50.
Apa ciri-ciri yang ada pada Huawei Mate 50 kali ini? Siri telefon pintar ini kini dipertingkatkan dengan lebih banyak kelebihan seperti kamera Ultra Aperture XMAGE yang inovatif serta apertur fizikal yang boleh dilaraskan 10 kali saiz terkemuka industri.
Telefon pintar yang lebih maju ini juga dilengkapi dengan kaca Kunlun yang pertama dalam industri yang mendapat pensijilan tahan jatuh lima bintang dari Switzerland SGS.
Huawei Mate 50 Pro merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan EMUI 13 dan Huawei Mobile Services (HMS) di mana pengguna memiliki akses terhadap lebih banyak banyak aplikasi di AppGallery. Ini dapat memudahkan pengguna serta memiliki pengalaman yang lebih lancar dan juga mudah alih.
{suggest}
Untuk menjaminkan pengalaman penggunaan oleh pelanggan dengan lebih baik, Huawei memperkenalkan AppGallery Assistance yang serba baru iaitu Sophia. Pembantu secara maya ini akan membantu pengguna dalam sebarang pencarian aplikasi di AppGallery.
Pengguna juga boleh menghubungi Sophia melalui perbualan secara langsung yang telah disertakan dengan bimbingan profesional.
Siri Huawei Mate 50 bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi cumanya Huawei Malaysia masih belum berkongsikan tarikh pelancarannya.
Oleh itu, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitannya dalam masa terdekat.
Sumber: Siaran Akhbar Huawei