Huawei, OPPO, vivo dan iQOO sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon sub-andalan mereka, seperti barisan Nova 12, siri Reno 11, barisan Vivo S18 dan siri iQOO Neo 9.
Honor juga tidak mahu ketinggalan. Mereka sedang mengusahakan siri Honor 100. Siri tersebut dikatakan bakal dilancarkan pada bulan (November) di China.
Honor baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan iaitu Honor Play 8T di China. Mereka juga akan mengumumkan sebuah lagi telefon pintar kelas pertengahan lewat minggu ini.
Jenama itu juga sedang mengusahakan siri Honor 100 dan Honor X50 GT pada tahun ini. Siri Honor 100 ini akan menampilkan dwi kamera hadapan dengan reka bentuk smart islandĀ dan modul kamera belakang berbentuk bulat.
Siri ini juga bakal dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan skrinnya akan menyokong resolusi 1.5K.
Terdapat laporan yang mendedahkan bahawa siri Honor 100 akan hadir dengan tiga jenis model iaitu Honor 100, Honor 100 Pro dan Honor 100 GT. Terdapat perkara yang telah didedahkan oleh Digital Chat StationĀ bahawa pihak Honor telah menguji secara dalaman siri Honor 100 pada bulan Oktober dan akan dilancarkan pada bulan November.
Walaupun ia dijangka dilancarkan pada bulan ini, namun spesifikasi ketiga-tiga model Honor 100 masih tidak didedahkan secara terperinci.
{suggest}
Sumber: GizmoChina