Selepas ASUS mengumumkan ketibaan produk komputer riba siri Vivobook S di acara CES 2024 lepas, ketersediaannya di pasaran Malaysia telah ditetapkan, iaitu pada 29 April 2024.
ASUS Vivobook S 14 OLED (S5406)
Untuk model S 14 ini, ia tersedia dengan pilihan varian Intel Core Ultra 7 atau Intel Core Ultra 5 dengan memori 16GB RAM LPDDR5X dan storan SSD 512GB PCIe 4.0.
Selain daripada kad grafik Intel Arc Graphics, paparannya adalah jenis WUXGA OLED 14 inci yang mempunyai kadar segar semula 60Hz, resolusi 1920 x 1200 dan kecerahan puncak 600 nits.
Baterinya pula berkapasiti 75WHr dan diganding bersama alat suai kuasa 90W.
Lain-lain ciri adalah kamera FHD, WiFi 6E, Bluetooth 5.3, dua slot USB-A 3.2 Gen 1, slot HDMI 2.1 dan pembaca kad mikroSD.
ASUS Vivobook S 16 OLED (S5606)
Model yang kedua, iaitu S 16 ini juga disertakan pilihan cip Intel Core Ultra 7 atau Intel Core Ultra 5 serta disokong oleh Intel Arc Graphics, memori 16GB LPDDR5X dan pilihan storan SSD 512GB atau 1TB PCIe 4.0.
Skrinnya pula adalah jenis OLED 16 inci dengan resolusi 3200 x 2000, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits.
Baterinya juga sama seperti model S 14, 75WHr dan alat suai kuasa 90W.
Ciri-ciri lainnya adalah kamera FHD, WiFi 6E, Bluetooth 5.3, dua slot USB-A 3.2 Gen 1, slot HDMI 2.1 dan pembaca kad mikroSD.
{suggest}
Harga permulaan untuk kedua-dua produk tersebut adalah seperti di bawah:
ASUS Vivobook S 14 OLED (S5406) = RM4,399
ASUS Vivobook S 16 OLED (S5606) = RM4,699
Tambahan lagi, setiap pembelian di peringkat awal pemasaran akan disertakan sekali bersamanya pembesar suara wayarles SONY SRS-XB100 bernilai RM259.
Pembelian boleh dilakukan sama ada melalui laman web ASUS Malaysia ataupun gedung dalam talian:
Shopee – https://invl.io/cljmz4d
Lazada – https://invol.co/cljmz4l
Sumber: Siaran Media ASUS