ASUS Malaysia kini telah merasmikan kehadiran dua produk ExpertBook yang terbaru iaitu ExpertBook B9 OLED dan ExpertBook B6 Flip di pasaran Malaysia.
ExpertBook B9 OLED
Model ExpertBook B9 OLED ini direka khas daripada aloi magnesium-litium dengan paparan skrin OLED 16:10 4K.
Selain daripada pemproses Intel Core i7 Gen 13 dan konfigurasi memori LPDDR5x 64GB, laptop ini juga disokong dengan ASUS Carbon Partner yang menyediakan kualiti karbon yang fleksibel.
Dengan berat 990 gram, laptop ini telah tersenarai dalam salah satu laptop bisnes 14 inci yang paling ringan di dunia. Selain itu, ExpertBook B9 OLED dijamin selamat setelah menjalani beberapa ujian ketahanan untuk mematuhi piawaian standard Amerika Syarikat.
Dengan pengesahan daripada Intel Evo, peranti ini dilengkapi dengan Windows 11 Pro dan dijangka dapat mencapai durasi penggunaan selama 11 jam dengan sekali cas.
Laptop ini juga dilengkapi dengan sensor cap jari dan kamera inframerah dari teknologi ASUS Adaptive Lock untuk log masuk dengan imbasan wajah dan kamera web ASUS AiSense untuk kejelasan visual yang maksimum, pengurangan hingar imej dan memberikan kualiti output imej yang terbaik.
Anda boleh dapatkan ASUS ExpertBook B9 OLED ini melalui penjual yang terpilih dengan harga RM8,999.
ExpertBook B6 Flip Series
ASUS ExpertBook B6 Flip ini merupakan laptop siri Expert pertama yang direka khas dengan engsel 360 darjah untuk kegunaan syarikat seni bina, kejuruteraan dan pembinaan.
Ia juga dilengkapi dengan perisian BIM (Building Information Modeling) seperti ArchiCAD yang boleh membawa lakaran 2D kepada pemodelan dan pencetakan 3D melalui Creo® dan Solidworks®.
Dikuasakan dengan Intel Core i9 Gen 12 dengan kapasiti storan 1TB + 32GB RAM, peranti ini disokong oleh NVIDIA GeForce RTX A2000 serta memori dwi-saluran DDR5-4800MHz sebanyak 128GB dan 4TB storan M.2.
Selain itu, laptop ini mempunyai sistem penyejukan yang membolehkan ia berfungsi pada 55W CPU dan 80W GPU dalam mod Performance dengan lancar.
Tambahan pula dengan NVIDIA Max-P Dynamic Boost yang mempunyai 98 bilah dwi kipas, tiga paip haba dan tujuh sensor untuk memastikan penyejukan peranti ini kekal di tahap optimum iaitu di bawah 40 dBA pada mod standard.
Anda boleh dapatkan ASUS ExpertBook B6 Flip ini melalui penjual yang terpilih dengan harga RM11,999.
{suggest}
Sumber: Siaran Media ASUS