Pada acara Intel Innovation 2023 yang telah pun berlangsung September 2023 lalu, Intel mendedahkan versi CPU Sierra Forest Xeon yang akan datang yang miliki sebanyak 288 E-teras, dua kali ganda daripada jumlah yang telah dirasmikan sebelum ini.
Dengan 288 E-teras tersedia, ia akan mengatasi 256 bebenang dalam cip Zen 4c AMD.
Intel sebelum ini menyatakan Sierra Forest dan reka bentuk E-terasnya akan menawarkan peningkatan sebanyak 240% untuk prestasi setiap watt berbanding dengan CPU P-teras Sapphire Rapids sedia ada.

Pat Gelsinger, CEO Intel berkata Sierra Forest akan menyediakan peluang besar untuk industri pelayan perkhidmatan awan.
Sierra Forest menggabungkan E-teras dan Granite Rapids P-teras di mana ia bersama-sama menawarkan seni bina perkakasan yang serasi dengan perisian untuk menangani sebarang beban kerja.
Sierra Forest akan dilancar pada separuh pertama tahun 2024 nanti.
{suggest}
Sumber: Extreme Tech, Intel