Firma penyelidikan pasaran, Canalys mendedahkan vivo menguasai pasaran telefon pintar di China untuk suku kedua tahun 2023. Ini bermakna vivo berjaya mengalahkan jenama-jenama besar seperti Apple dan Samsung dalam pasaran tersebut.
Walaupun mencatatkan penurunan tahun-ke-tahun berbanding suku kedua tahun lepas, vivo masih dapat mengekalkan penguasaannya dengan pegangan pasaran sebanyak 18%.
Selain itu, vivo mencatatkan pengeluaran sekitar 11.4 juta unit peranti mereka walaupun dilanda krisis ekonomi global. Namun begitu, penganalisis meramalkan pasaran telefon pintar China akan terus berkembang untuk sepanjang tahun ini.
Untuk pengetahuan anda, Huawei juga mencatatkan peningkatan dalam suku tersebut. Berbanding jenama-jenama lain, Huawei merekodkan pertumbuhan terbesar tahun-ke-tahun.
{suggest}
Huawei berada di kedudukan keenam dalam pegangan pasaran telefon pintar China.
Beli Peranti vivo di Shopee: https://invl.io/clji615
Beli Peranti vivo di Lazada: https://invol.co/clji61d
Beli Peranti Huawei di Shopee: https://invl.io/cljfc2u
Beli Peranti Huawei di Lazada: https://invol.co/cljfc29
Sumber: Siaran Akhbar vivo