Melalui #ThereIsHelp, Twitter, NADMA dan MERCY Malaysia berganding bahu dalam menyampaikan maklumat tepat dan pantas dalam masa nyata melalui platform tersebut berkaitan banjir yang dijangka berlaku setiap hujung tahun.
Apabila pengguna mencari kata kunci berkaitan bencana alam di Malaysia, hasil carian akan memaparkan notifikasi dalam Bahasa Melayu.
{suggest}
“Objektif utama kami melancarkan gesaan notifikasi carian #ThereIsHelp ini adalah untuk membantu memendekkan masa carian dan menyediakan akses kepada maklumat yang boleh dipercayai daripada rakan kongsi kami tepat pada masa yang diperlukan,” kata Monrawee Ampolpittayanant, Ketua Dasar Awam dan Dermawan, Asia Tenggara.
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA
DI SELURUH NEGARA
(pada jam 8:00 AM, 28 Oktober 2022)Sumber: Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), NADMA Malaysia
Untuk maklumat lanjut, layari https://t.co/MP3sQ8Qe6O#KeluargaMalaysiaSiagaBencana#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama pic.twitter.com/sqWtQxx90p
— NADMA Malaysia (@mynadma) October 28, 2022
Timbalan Ketua Pengarah NADMA Malaysia Datuk Khairul Shahril bin Idrus kerjasama dengan Twitter ini dapat meningkatkan kesedaran pengguna untuk menerima maklumat yang dipercayai dan secara rasmi dari kerajaan.
Sumber: Siaran Akhbar Twitter