Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengumumkan berkuat kuasa 1 Mac 2024, kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dinaikkan daripada 6% kepada 8% bagi perkhidmatan bercukai yang ditetapkan (tidak termasuk perkhidmatan yang dikecualikan secara khusus).
Selaras dengan itu, Shopee mengumumkan kemas kini kadar SST yang akan dikenakan kepada penjual dalam platform dari 6% kepada 8%, berkuat kuasa 1 Mac 2024.
{suggest}
Menurut Shopee, kadar 8% SST akan dikenakan kepada:
- Yuran Transaksi (Transaction fee)
- Yuran Komisen Marketplace (Marketplace Commission fee)
- Yuran perkhidmatan program pemasaran yang lain
- Yuran pengeluaran duit daripada dompet seller secara kerap (jika berkenaan)
- Pakej Pemasaran Shopee
- Kredit Pengiklanan (Paid Ads credits)
Sementara itu, berikut merupakan jadual bagi pecahan untuk pelbagai jenis yuran di bawah Shopee, dengan caj sebelum dan selepas 8% SST.
Selain Shopee, TikTok Shop turut melaksanakan peningkatan kadar SST kepada 8% bagi Yuran Komisen Pasaran, berkuat kuasa tarikh yang sama.
Sumber: Shopee