Shopee kini mengenakan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mandatori sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran, berkuat kuasa 1 Mac 2024.
{suggest}
Menurut Shopee, ia selaras dengan pengumuman Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai kadar wajib SST sebanyak 6% yang akan dikenakan ke atas perkhidmatan logistik – merangkumi penghantaran, pengedaran dan pengangkutan barangan, dokumen atau bungkusan melalui platform e-dagang.
Kadar SST sebanyak 6% akan dikira berdasarkan jumlah Yuran Penghantaran selepas Diskaun Penghantaran (sekiranya ada).
Tidak hanya penjual, Kos Penghantaran SST sebanyak 6% turut dikenakan kepada pembeli di platform e-dagang itu.
Selain itu, Shopee menyatakan kadar SST 6% kepada penjual juga akan dikenakan bagi Yuran Pesanan Tidak Berjaya – Forward Shipping Fee dan Return Shipping Fee.
Sumber: Shopee