Shopee Malaysia telah melancarkan program Jaminan Tepat Waktu untuk memupuk pembeli dengan jaminan pemenuhan pesanan oleh semua pembekal logistik Shopee.
Bukan itu sahaja, Shopee menguatkan komitmen program ini dengan baucar RM5 bagi semua penghantaran yang melebihi waktu penghantaran yang dijanjikan.
Program Jaminan Tepat Waktu dibina atas komitmen teguh Shopee untuk membekalkan pengalaman membeli-belah yang lancar dan selamat untuk pembeli bijak digital.
Secara tidak langsung, perkara ini termasuk dengan membekalkan rakyat Malaysia dengan pilihan penghantaran yang pantas dan lebih fleksibel. Sebagai contoh, Penghantaran Hari Esok (Next Day Delivery), Penghantaran Segera (Instant Delivery), dan peningkatan titik pengambilan sendiri (self-collection) Shopee.
{suggest}
Program Jaminan Tepat Waktu ini mengetengahkan proses tuntutan yang mesra pengguna. Setiap waktu penghantaran yang dijangkakan akan dipaparkan di halaman butiran pesanan.
Jika penghantaran melebihi waktu yang dijangkakan, pembeli boleh menebus baucar RM5 pada halaman yang sama. Kaedah yang diselaraskan ini memastikan kepuasan pembeli.
Sumber: Siaran Media Shopee Malaysia