Sebelum ini, Shopee telah memperkenalkan satu perkhidmatan penghantaran segera (Shopee Instant Delivery) yang hanya meliputi satu kawasan sahaja iaitu Klang.
Kini, mereka memperluaskan perkhidmatan itu ke beberapa kawasan terpilih di negeri Johor meliputi Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat dan Kluang.
Walau bagaimanapun, terma dan syarat asas bagi perkhidmatan ini masih lagi sama dengan yang sedia ada:
- Bungkusan yang dihantar melalui rider ShopeeFood ini akan diterima oleh penerimanya dalam masa 2 jam.
- Berat dan saiz maksimum untuk setiap bungkusan adalah 10kg dengan ukuran 30cm kali tiga sudut.
- Pengguna perlu memilih tetapan ‘Instant Delivery‘ semasa checkout.
- Jarak penghantaran mestilah tidak melebihi 30km.
- Tempoh perkhidmatan adalah 12 jam, 9 pagi hingga 9 malam.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila rujuk laman rasmi Shopee.
{suggest}
Sumber: Shopee