Pertengahan tahun ini kita sudah mengetahui tentang pembelian saham Proton sebanyak 49.99% oleh syarikat pengeluar kereta dari China, Geely.
Kini syarikat terbabit dilaporkan sudah melengkapkan pengambil-alihan sebuah start-up, Terrafugia, syarikat kereta terbang. Akan terus kekal berada di Amerika Syarikat, Terrafugia akan meneruskan usaha mereka dalam menghasilkan kereta terbang dan mendapat sokongan kepakaran automotif serta kewangan dari Geely.
Menerusi pembelian tersebut, Geely menjanjikan kereta terbang pertama mereka bakal berada di pasaran seawal 2019. Terrafugia telah diasaskan oleh 5 graduan dari MIT yang bertungkus lumus dalam mengkaji bagaimana untuk menghasilkan kereta terbang. Beberapa buah prototaip turut dibina dalam tempoh 10 tahun kewujudan syarikat itu.