Aplikasi Setel daripada Petronas kini menyokong tambah nilai daripada e-dompet ShopeePay. Ia sudah tersedia untuk kesemua pengguna mulai hari ini.
Cara untuk tambah nilai dompet Setel melalui ShopeePay
- Buka Setel.
- Tekan pada jumlah wang tertera di bucu kanan atas. Anda juga boleh tekan ‘Pay‘ yang terletak di bahagian bawah.
- Di Setel Wallet, tekan ‘Top-Up‘.
- Pilih jumlah tambah nilai.
- Pilih ShopeePay, tekan ‘Top-Up Now‘.
- Benarkan aplikasi buka Shopee.
- Teken ‘Nex’t.
- Tekan ‘Pay Now‘.
Selesai. Anda kini boleh kembali ke Setel untuk lihat baki yang sudah ditambah nilai.
Dengan berita ini, bermakna Setel kini boleh ditambah nilai melalui 6 platform. Untuk e-dompet, ia termasuklah Boost dan GrabPay.
{suggest}
Sumber: Setel