Logitech hari ini mengumumkan set kepala e-sukan terbaru, Set Kepala Permainan Wayarles Logitech G PRO X 2 LIGHTSPEED.
Set kepala PRO X 2 baharu menampilkan pemacu PRO-G 50mm Graphene revolusioner serba baharu, memberikan pengalaman audio permainan terbaik.
Penggunaan graphene, menjadikan pemacu PRO-G tahan lasak dan sangat ringan. Malah ia memberikan bunyi berkualiti tinggi dengan herotan yang sangat rendah.
Sebagai tambahan kepada pemacu audio PRO-G Graphene serba baharu, PRO X 2 menampilkan penambahbaikan utama berbanding Set Kepala Permainan Wayarles PRO X terdahulu termasuklah:
- Sambungan Teguh – LIGHTSPEED kini menyampaikan sambungan wayarles gred-PRO dengan masa penggunaan sehingga 50 jam pada sekali cas dan julat sambungan wayarles yang teguh secara konsisten sehingga 30m.
- Rekaan PRO – PRO X 2 menampilkan bingkai aluminium dan keluli yang tahan lasak lagi ringan, dan keselesaan tertinggi dengan engsel yang berputar, tahan lama dan pad telinga yang boleh ditukar.
- Berkomunikasi Dengan Yakin – Mikrofon kardioid 6mm pada lengan boom boleh ditanggalkan, dengan penapis perisian Blue VO!CE termaju melalui G HUB, untuk komunikasi yang jelas dan konsisten.
- Bunyi Sekeliling DTS Headphone:X 2.0 – Bunyi sekeliling yang jitu membantu anda mengetahui dengan tepat di mana lawan anda berada sebelum mereka menemui anda.
Set Kepala Permainan Wayarles PRO X 2 LIGHTSPEED kini boleh didapati di laman rasmi Logitech G Lazada dan Shopee untuk harga runcit yang dicadangkan RM1,099.
Beli Logitech PRO X 2 LIGHTSPEED di Shopee
Beli Logitech PRO X 2 LIGHTSPEED di Lazada
{suggest}
Sumber: Siaran Media Logitech