vivo Malaysia dengan kerjasama UCSI University mengumumkan bengkel ‘How to become a digital blogger’ yang bertempat di Block-C C405b, UCSI University pada 1 Julai bermula dari jam 3pm ke 4.30pm.
Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi peluang serta untuk mencungkil bakat dan kreativiti peserta dalam dunia penciptaan kandungan. Jurugambar terkenal, Najmuddin Muif dipilih sebagai tenaga pengajar bagi bengkel ini.
@wisermy Alternatif smartphone bawah RM1000 dengan 5G! 🔥 wisermy #techtok #tiktokguru #fypシ #malaysia
Tambahan lagi, bagi pelajar yang menyertainya juga, mereka bakal menerima 8 mata ELE. Malah, terdapat juga pertandingan UCSI x vivo Y36 5G Campus Unboxing yang mana pemenang dapat hadiah seperti berikut:
Tempat pertama – Penggoreng kering Joyoung VF510 + 40 mata ELE
Tempat kedua – Cerek Joyoung Nutrition + 32 mata ELE
Tempat ketiga – Fon kepala stereo wayarles + 24 mata ELE
Sumber: Siaran Media vivo
{suggest}